BERITA SEMASAPMX

PM China akui hubungan dengan Malaysia contoh terbaik rantau ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri China, Li Qiang menyifatkan hubungan Malaysia-China adalah contoh  hubungan baik dua hala antara negara terbaik di rantau ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam memperingati ulang tahun ke 50 hubungan Malaysia-China semalam.

Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan menteri kabinet dan pengawai tinggi kerajaan.

Li berkata, hubungan itu harus dikekalkan demi manfaat jangka masa panjang bersama yang lebih kukuh dan makmur.

“Pada masa lalu, sekarang atau pada masa akan datang, persahabatan ini tetap menjadi ciri utama hubungan Malaysia – China.

“Ini juga adalah titik permulaan baru untuk meneruskan aspirasi yang akan berterusan sehingga generasi akan datang,” katanya.

Li juga menekankan keperluan untuk menyelaraskan strategi pembangunan kedua-dua negara pada masa yang sama memperluaskan kepentingan bersama.

Seterusnya Li menekankan keperluan menggalakkan lagi pemahaman antara rakyat kedua-dua negara termasuk dalam bidang seni dan budaya, pelancongan, pendidikan dan sukan.

“China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk menyokong dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang bermanfaat dan sejagat, serta bersama-sama membina rumah yang aman, selamat dan terjamin, makmur, indah, dengan nilai persahabatan dan harmoni di Asia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button