PM bertemu pemaju projek Residensi Aman MADANI, bincang sekolah menegak
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan pertemuan dengan pemaju projek Residensi Aman MADANI bagi membincangkan mengenai pembinaan sekolah menegak di kawasan berkenaan.
Menurut Anwar, dalam pertemuan itu beliau turut mencadangkan supaya sekolah itu dihubungkan dengan blok kediaman melalui jambatan pejalan kaki.
“Selepas pelancaran Residensi Aman MADANI, saya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak pemaju, kementerian serta agensi berkaitan untuk membincangkan penyediaan sekolah menegak di kawasan berkenaan.
“Walaupun terdapat sekolah rendah berdekatan, kapasiti yang terhad memerlukan pembinaan sekolah baharu bagi menampung pertambahan penduduk,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Anwar turut memberi jaminan, sekolah baharu itu akan dibuka kepada semua penduduk dan dilengkapi dengan prasekolah, surau, klinik dan pusat kawalan keselamatan, yang akan dibina dalam masa terdekat.
Kemudahan-kemudahan itu, katanya, direka untuk memastikan keselesaan dan kemudahan penduduk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








