Berita SemasaPM X

PM arah KPKM tambah hasil padi tahun depan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memastikan pertambahan hasil padi yang signifikan pada tahun depan bagi manfaat pengguna dan pesawah.

Kata Anwar, arahan itu dikeluarkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara, semalam.

“Mesyuarat antara lain memberi tumpuan kepada isu produktiviti hasil padi negara. Dalam soal ini, saya mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memastikan tambahan hasil padi yang signifikan pada tahun 2025.

“Sasaran ini penting bagi untuk meningkatkan hasil pesawah, di samping memastikan keterjaminan bekalan padi beras sebagai makanan ruji negara,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, semalam.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu merupakan platform tertinggi bagi kerajaan menekuni isu terkait sekuriti makanan serta kebajikan petani dan pesawah.

Setakat September, Malaysia mengimport 1,358,718 tan beras dari Thailand, Vietnam, Pakistan, Kemboja, India, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Myanmar dan Sepanyol.

Daripada jumlah itu, Malaysia mengimport sebanyak 549,824 tan beras dari Vietnam, diikuti Pakistan (349,832), Thailand (178,056), India (229,451), Kemboja (38,397), Myanmar (12,575), Korea (250), Taiwan (170), Jepun (142), Indonesia (13) dan Sepanyol (lapan).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button