BERITA SEMASA

PM arah KBS sokongan bakat atlet rollerblade negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan kemudahan serta akses latihan yang diperlukan bagi menyokong pengembangan potensi atlet rollerblade, Muhammad Iftikhar Firas Farid yang menjuarai kejohanan dunia Roller Freestyle Park Junior di Perancis, baru-baru ini.

Anwar berkata, pencapaian membanggakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang itu wajar diberi perhatian serius bagi memastikan bakat luar biasa dimilikinya dapat terus diasah ke peringkat lebih tinggi.

“Pencapaian Firas sangat membanggakan kerana beliau berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam kejohanan itu.

“Saya doakan agar Firas terus bersinar dan menjadikan kejayaan ini sebagai pemangkin semangat untuk melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan beliau turut menghulurkan sumbangan kepada atlet muda itu melalui Setiausaha Politiknya, Chan Ming Kai.

Terdahulu, Muhammad Iftikhar Firas, 13, menewaskan 30 peserta dari 10 negara termasuk Itali, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Indonesia untuk meraih gelaran juara dunia Roller Freestyle Park Junior pada penghujung Mei lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button