BERITA SEMASAPMX

PM arah institusi pendidikan perluas pendidikan kecerdasan buatan (AI)

KUALA LUMPUR – Institusi pendidikan di negara ini diarahkan untuk memperluaskan pendidikan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang yang semakin penting dan relevan dengan perkembangan teknologi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut penting memandangakan penguasan pelajar Malaysia terhadap bidang tersebut masih terbatas.

“Sedangkan ia (AI) akan menjadi penentu sama ada Malaysia bakal memiliki keupayaan daripada sudut peningkatan produktiviti khususnya dalam bidang baharu.

“AI ini satu pendekatan mencabar kerana walaupun ini kita jadikan dasar yang jelas, tetapi penguasaannya masih terbatas,”

“Arahan kepada semua pusat pendidikan, termasuk sekolah menengah dan univerisiti memberikan tumpuan kerana saya berpendapat penguasaan AI ini akan menentukan sama ada Malaysia ada keupayaan daripada sudut peningkatan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, banyak pelabur besar kini melihat keupayaan dan penguasaan sumber tempatan dalam bidang AI sebagai salah satu keutamaan utama mereka.

Pada Mei tahun lalu, Perdana Menteri melancarkan Fakulti AI pertama di Malaysia bersempena penganjuran Pameran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI Nexus 2024).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di negara ini menubuhkan fakulti berkenaan dan sudah menerima 97 pelajar yang mendaftar bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button