
PM Anwar umum lantik Thaksin penasihat tidak formal Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Kata Anwar, Malaysia memerlukan negarawan sepertinya untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau.
“Saya juga bersetuju untuk melantik beliau (Thaksin) sebagai penasihat peribadi saya, (membantu Malaysia sebagai) Pengerusi ASEAN, bersama pasukan dari negara ASEAN dalam kerangka tidak rasmi.
“Terima kasih kerana (Thaksin) bersetuju dengan perkara ini, kerana kami memerlukan manfaat daripada pengalaman seorang negarawan seperti beliau,” katanya, hari ini.
Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di sini hari ini.
Beliau kemudiannya turut berterima kasih kepada Thaksin kerana bersetuju dengan pelantikan itu sekali gus dapat memanfaatkan pengalaman negarawan berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |