
PM Anwar ucap tahniah kepada Mark Carney atas kemenangan Pilihan Raya Kanada
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada yang baharu, Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata, Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Beliau berkata, kemenangan itu merupakan permulaan baharu bagi Kanada dan mengesahkan komitmen negara tersebut terhadap kebebasan dan kepimpinan dalam menghadapi ketidaktentuan global.
“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Carney untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP),” katanya di Facebook milik beliau semalam.
Carney telah memenangi pilihan raya di Kanada dan akan meneraju Parti Liberalnya untuk satu lagi penggal pemerintahan.
Sementara itu, Anwar turut menyatakan keyakinan di bawah kepimpinan Carney, Kanada akan terus menjadi suara yang kukuh dan stabil dalam menjayakan kerjasama antarabangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |