BERITA SEMASAPMX

PM Anwar terima anugerah tertinggi ‘Order of Independence’ daripada Kosovo

PUTRAJAYA – Malaysia menerima satu lagi pengiktirafan antarabangsa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dianugerahkan ‘Order of Independence’, iaitu penghormatan tertinggi oleh Kosovo.

Anugerah berprestij itu adalah penghormatan awam tertinggi dikurniakan republik itu kepada individu yang memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan Kosovo.

Anugerah itu disampaikan Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra di sini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu adalah sebagai tanda pengiktirafan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap kedaulatan Kosovo serta pembangunan pasca kemerdekaannya.

Katanya, pengiktirafan itu juga turut mencerminkan komitmen teguh Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Osmani juga akan menganugerahkan Order of Independence secara ‘anumerta’ kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan atas kepemimpinan Allahyarham semasa tempoh penting dalam sejarah Kosovo.

Di bawah kepemimpinan Abdullah, Malaysia menjadi antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button