BERITA SEMASAPMX

PM Anwar selamat tiba di London untuk lawatan kerja lima hari ke United Kingdom

LONDON – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu negara United Kingdom (UK) hari ini untuk lawatan kerja selama lima hari, dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua negara.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Stansted jam 10.50 malam waktu tempatan, Selasa (6.50 pagi Rabu, waktu Malaysia) dari Abu Dhabi, selepas beliau menamatkan lawatan tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketibaan beliau di lapangan terbang disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar, Atase Pertahanan ⁠Datuk Bg. Jneral Safwan @ Asri Ismail, serta Wakil Khas Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Richard Wildash dan Kuasa Usaha, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur ⁠Mr David Wallac .

Lawatan atas jemputan rakan sejawatnya Keir Starmer itu adalah kunjungan pertama Anwar ke UK sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022.

Sepanjang lawatan berkenaan, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sebagai rekod, United Kingdom (UK) merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button