
BERITA SEMASAPMX
PM Anwar sedih, ucap takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa sedih atas pemergian aktivis gerakan Islam berasal dari Mesir, Youssef Nada.
“Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.
“Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar ruhnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Nada, 93, merupakan ahli perniagaan dan bapa kewangan Islam serta pengasas Al Taqwa Islamic Bank. Beliau terkenal kerana kejayaan kes perundangan hak asasi manusia di Eropah untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan keganasan oleh Amerika Syarikat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |