BERITA SEMASAPMX

PM rakam ucapan selamat maju jaya kepada Rafizi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Rafizi Ramli atas khidmat cemerlang beliau menerajui Kementerian Ekonomi.

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi tidak akan dibubarkan ekoran pengunduran Rafizi yang sebelum ini menjawat jawatan Menteri Ekonomi.

“Saya fikir tak ada keperluan untuk dirombak apa-apa setakat ini dan saya ucap selamat maju jaya kepada saudara Rafizi yang telah berkhidmat dengan begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.

“Saya juga akan putuskan pada waktunya mana-mana menteri atau kementerian untuk menjalankan tugas di Kementerian Ekonomi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Energy Asia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tiada keperluan untuk meletakkan Kementerian Ekonomi kembali di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Buat masa ini, tiada isu, tiada masalah. Jadi, mari kita teruskan,” katanya ketika ditanya sama ada Kementerian Ekonomi akan diletakkan kembali di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU).

EPU adalah agensi yang berkesan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kemudian sebuah kementerian ditubuhkan yang sebenarnya menguruskan fungsi EPU.

Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan Kementerian Ekonomi akan ‘ditutup’ selepas Rafizi nekad melepaskan jawatan anggota Kabinet selepas tewas merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Difahamkan, terdapat perbincangan memansuhkan kementerian itu dengan mewujudkan semula Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai satu agensi Pusat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button