BERITA SEMASAPMX

PM Anwar puji kreativiti Dream Forest Langkawi angkat warisan negara guna teknologi moden

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum terhadap kreativiti dan keunikan yang ditonjolkan menerusi Dream Forest Langkawi, sebuah tarikan pelancongan berasaskan hutan interaktif.

Perdana Menteri berkata, Dream Forest Langkawi berjaya mengetengahkan mitos dan lagenda tempatan sebagai tarikan utama pelancongan dengan menggunakan teknologi moden.

“Alhamdulillah, saya sangat kagum dengan bakat kreatif yang ditonjolkan di Dream Forest Langkawi. Projek ini berjaya mengetengahkan keunikan Pulau Langkawi dengan cara yang begitu berkesan, selain memaparkan lagenda dan mitos tempatan yang menjadi antara sebahagian penting warisan negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyampaikan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Effendi Norwawi dan Puan Sri Tiara Jacquelina yang memainkan peranan besar dalam menjayakan projek tersebut.

“Saya telah menghubungi Tan Sri Fendi dan Puan Sri Tiara untuk menyampaikan penghargaan atas usaha hebat mereka dalam menjayakan inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut berharap agar inisiatif itu diperbanyakkan lagi, sekali gus menyemarakkan minat terhadap sejarah, lagenda dan mitos tanah air.

“Langkawi tidak hanya sebuah pulau yang indah, tetapi ia penuh dengan kisah dan warisan yang patut ditelaah dan digarap generasi kini dan akan datang. Saya berharap lebih banyak inisiatif seperti ini diwujudkan dan disemarakkan bagi memantapkan sektor pelancongan negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengusulkan agar projek seperti ini diperluas dengan penerapan teknologi baharu yang dapat memberikan gambaran jelas mengenai hala tuju pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid027B9RKDQWBfKmLZgHifJRK2s6giBx5MU4DXDBM79hUTWfdedvgx1yJjJVjbRFWfXkl?rdid=HnbraqcyKZEopRQY#

Dream Forest Langkawi kini diiktiraf sebagai antara usaha yang mampu memberi nafas baharu kepada sektor pelancongan dengan memaparkan sejarah dan warisan budaya dalam pendekatan yang kreatif dan inovatif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button