
PM Anwar mahu Jemaah Menteri Alumni UM sumbang RM10,000 kepada universiti
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap Jemah Menteri yang merupakan alumni Universiti Malaya (UM) menyumbang dana RM10,000 setiap seorang kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan berkenaan juga terpakai kepada alumni lain berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan, yang disaran menyumbang sebanyak RM1,000.
“Bermula dengan jemaah Menteri yang merupakan Alumni UM, kita mula dana wajib RM10,000 seorang.
“Saya percaya graduan universiti yang sumber pendapatannya itu menjangkau RM10,000 harus juga menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada Universiti Malaya,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Alumni UM 2024 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Canselor UM, dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan mencemar duli menghadiri majlis yang diadakan julung kali dalam tempoh sedekad ini.
Turut menyerikan majlis makan malam yang dihadiri lebih 2,000 alumni UM itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, sumbangan itu adalah langkah untuk pembangunan masa depan UM tanpa membebankan kewangan kerajaan.
“Negara lebih terkenal dengan kelemahan tatakelola dan rasuah sehingga beban hutang mencecah RM 1.5 trillion. Pengurusan dana itu perlu lebih cekap dan sebahagian besar yang membantu mengurus rencana ekonomi itu adalah alumni UM,” kata Anwar yang juga Penaung Persatuan Alumni UM.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |