BERITA SEMASAPMX

PM Anwar luah hasrat ziarah Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan hasrat untuk menziarahi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau dimasukkan ke hospital semalam.

Anwar walau bagaimanapun tidak memberi sebarang perincian mengenai waktu lawatannya terhadap bekas perdana menteri itu.

“(Akan lawat tapi) bukan hari ini,” katanya ringkas selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di pusat belah berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

Semalam, media melaporkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, selepas tidak sedarkan diri di kediamannya.

Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil.

“Saya dimaklumkan Datuk Seri (Ismail Sabri) pengsan di rumahnya dan dibawa ke hospital kira-kira 2.30 pagi untuk rawatan,” katanya semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button