BERITA SEMASAPMX

PM Anwar jumpa, raikan Khabib Nurmagomedov

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan bintang sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dalam jamuan makan malam di Seri Perdana, di sini, semalam.

Turut hadir dalam sesi itu, aktivis hak asasi dan professor undang-undang dari Amerika Syarikat, saudara Khaled A. Beydoun serta perenang Palestin yang beraksi di Olimpik Paris, Yazan Al Bawwab.

Perdana Menteri berkata, pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan menjadi inspirasi bagi menghadapi gejala Islamofobia.

“Saya dan Azizah (isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) berpeluang meraikan lagenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov.

“Saya melihat pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan menjadi inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja terbaik dalam profesion namun mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan dan rahmah khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Anwar Ibrahim menyantuni Khabib Nurmagomedov (kanan) di Seri Perdana, Putrajaya. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Khabib tiba di Malaysia bagi menghadiri acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Bekas petarung Ultimate Fighting Championship (UFC) berusia 36 tahun itu berkata, dia berasa teruja apabila menjejaki kaki buat pertama kali di negara ini, selain mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk datang ke Malaysia dan kini impiannya tercapai.

“Saya sudah lama hendaj datang ke sini dan akhirnya ia tercapai selain timbul idea untuk membuka gimnasium di negara ini,” kata atlet kelahiran Dagestan, Rusia itu.

Khabib merupakan antara atlet sukan paling berpengaruh di dunia dan memiliki 37 juta pengikut di Instagram.

Dia memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Lebih mengagumkan, Khabib membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022 dia telah tersenarai dalam UFC Hall of Fame.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button