BERITA SEMASAPMX

PM Anwar hulur sumbangan ringankan beban warga emas bekas nelayan

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas yang tinggal di sebuah rumah kecil di Kampung Bukit Palas Cherating, di sini.

Sumbangan itu disampaikan wakil Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada warga emas yang dikenali sebagai Yunus Seman yang pernah menghabiskan sebahagian besar hidupnya mencari rezeki di laut.

“Saya hadir ke rumah Yunus bagi melihat sendiri keadaan serta memudahkan urusan baik pulih agar lebih selesa dan selamat untuk didiami.

“Selain itu, sumbangan wang tunai daripada Perdana Menteri, DatuK Seri Anwar Ibrahim dan bakul makanan turut saya serahkan untuk meringankan beban yang ditanggungnya,” kata Ahmad Farhan dalam satu hantaran di Facebook semalam, yang turut dikongsikan Anwar.

Sementara itu, Ahmad Farhan berharap agar bantuan tersebut memberi kelegaan buat Yunus dan membantunya menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.

“Hidup di usia emas seharusnya lebih tenang, bukan dipenuhi kebimbangan. Semoga bantuan ini memberi kelegaan buat Yunus dan membantunya menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik,” katanya lagi dalam kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button