
PM Anwar bertemu 60 pemimpin industri di Mesir
KAHERAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi menghadiri sesi meja bulat bersama 60 pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Mesir serta delegasi perniagaan Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, sesi tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir, TYT Hassan El Khatib.
Ujar beliau, sesi berkenaan telah dimanfaatkan sebaiknya untuk berinteraksi serta memberi keyakinan kepada mereka terkait peluang pelaburan di Malaysia selain penerokaan usahasama perniagaan dan perdagangan dengan syarikat di negara kita.
“Beberapa peluang dalam industri sawit, automotif, farmaseutikal dan produk perubatan, semikonduktor, sektor digital serta tenaga diperbaharui dibincangkan dalam sesi yang produktif ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan polisi Kerajaan Madani yang jelas, ia dapat memacu pertumbuhan negara ke peringkat global.
“Angka dan penunjuk ekonomi Malaysia yang memberangsangkan serta pengiktirafan sebagai hab utama dalam bidang semikonduktor dan tenaga hijau di rantau Asia tenggara dapat memacu pertumbuhan ke peringkat global,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |