
PM Anwar beri amaran jangan cetuskan perpecahan rakyat
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya jangan sesekali cuba mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat negara ini.
Beliau dengan tegas berkata, kerajaan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebencian tidak kira dari segi perkauman, agama mahupun menghina orang miskin.
“Percayalah, kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita.
“Mudah-mudahan kita buat pertimbangan baik dan tahu antara baik dan buruk, maaruf dan munkar, hak dan batil.
“Terutama sekarang di Malaysia ini, kita mesti tumpu dalam soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Dewan Canselor Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu 3R iaitu berkaitan Raja, Agama dan Kaum umpama ‘strategi perang baharu’ yang mampu menghancurkan perpaduan kaum dan negara.
Beliau berkata, isu sebegini boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan keharmonian antara kaum.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |