Berita Semasa

PLKN 3.0: Wajib hadir, penangguhan hanya dengan alasan munasabah

KUALA LUMPUR – Individu yang dipanggil menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diwajibkan hadir kecuali mereka yang mempunyai alasan munasabah dan mengemukakan permohonan penangguhan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Ketua Pengarah JLKN, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran menegaskan, pekerja yang dipanggil perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk menyertai latihan tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran

“Majikan yang tidak membenarkan pekerja menyertai latihan ini perlu memberikan justifikasi kepada JLKN kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab yang termaktub di bawah Akta Latihan Khidmat Negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan menembak senjata ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Menurut beliau, PLKN 3.0 siri pertama dijalankan secara sukarela, namun bagi siri kedua dan seterusnya, penyertaan akan dibuat secara penyerahan bersyarat.“Ini bermakna sesiapa yang menerima panggilan untuk menyertai latihan perlu hadir. Jika terdapat halangan atau masalah tertentu, mereka perlu memohon penangguhan mengikut prosedur yang ditetapkan,” jelasnya.

Tambahnya, JLKN sedang mempertimbangkan langkah lain bagi menangani situasi di mana majikan tidak memberikan pelepasan kepada pekerja yang dipanggil menyertai latihan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button