BERITA SEMASA

PLKN 3.0 dilaksanakan di kem Askar Wataniah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengaktifkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan modul berbeza berbanding sebelumnya, di mana anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PLKN 3.0 akan dilaksanakan di 13 kem tentera Wataniah dengan tempoh latihan selama 45 hari.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” kata Mohamad di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera turut dialu-alukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button