
PLKN 3.0: 142 pelatih kumpulan rintis mulakan latihan
KUALA LUMPUR – Seramai 142 pelatih kumpulan perintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 memulakan latihan selama 45 hari di kem tentera, di sini hari ini.
Menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, kumpulan itu terdiri daripada 98 lelaki dan 44 wanita, berusia 18 hingga 25 tahun dari 13 negeri, dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah peserta paling ramai iaitu 28 orang, lapor BERNAMA.
Latihan akan merangkumi 70 peratus modul ketenteraan untuk disiplin dan daya tahan serta 30 peratus modul kenegaraan yang memupuk pemahaman tentang Perlembagaan, warisan budaya, dan tanggungjawab sivik.
Kata Kementerian Pertahanan lagi, latihan itu bertujuan memberi asas kesiapsiagaan keselamatan negara dan mengukuhkan jati diri pelatih.
Program itu turut menyasarkan 194,300 peserta setiap tahun, dengan 25,000 pelatih di kem tentera tertentu di seluruh negara dalam empat siri pengambilan.
Selain itu, latihan tersebut turut mensasarkan pelatih dari universiti awam, politeknik, dan institut latihan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, selepas latihan kumpulan perintis selesai, penilaian dan penambahbaikan akan dilakukan sebelum PLKN 3.0 dilaksanakan sepenuhnya.
PLKN diperkenalkan pada 2004, digantung pada 2015, dan dirancang untuk dihidupkan semula pada 2019 sebelum dimansuhkan pada 2018.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |