
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini
PUTRAJAYA – Kerajaan Madani akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam usaha itu, pihaknya telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awamseluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai lapisan usia serta latar belakang berkenaan pentingnya keselamatan internet.
“Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas dalam kalangan komuniti bagimemperkasakan pengetahuan orang ramai tentang keselamatan dalam talian.
“Antara fokus utama kempen ialah kepada kanak-kanak di bawah usia 13 tahun yang tidak dibenarkan untuk memiliki akaun media sosial (penggunaan internet perlu di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga).
“Meningkatkan kesedaran agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsapenipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan kes jenayah pedofilia.Menggalakkan penggunaan Internet secara selamat dan beretika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, sempena sambutan tersebut, Kementerian Komunikasi juga ingin memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada hari ini.
“Pindaan ini akan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada pengguna, sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
“Jumlah kes jenayah dalam talian pada 2024 yang mencecah 35,368 kes dengan nilai kerugian lebih RM1.5 bilion membuktikan bahawa pindaan tersebut adalah tepat pada masanya. Kerajaan berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta keluarga daripada sebarang ancaman dalam talian,” katanya.
.Dikeluarkan oleh:Kementerian Komunikasi
Kementerian Komunikasi telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Kempen tersebut akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan usia dan latar belakang mengenai pentingnya keselamatan internet.
Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet hari ini, Kementerian Komunikasi juga ingin memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |