Berita SemasaSukan

Piala dunia terjun: Pandelela Rinong gagal ke peringkat akhir

GUADALAJARA (MEXICO) – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong gagal melayakkan diri ke peringkat akhir 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 pada pusingan kelayakan Piala Dunia Terjun 2025 di sini, semalam.

Pandelela yang kembali beraksi selepas kali terakhir menyertai kejohanan kompetitif pada Terbuka Malaysia November tahun lalu, mengumpul 267.85 mata dan menduduki tempat ke-13, ketinggalan 7.30 mata di belakang penerjun Sepanyol, Valeria Antolino, yang berada di tempat ke-12 dengan 275.15 mata.

Hanya 12 penerjun terbaik layak ke peringkat akhir, lapor Bernama.

Penerjun dari China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi, mendominasi dua tempat teratas dengan masing-masing mengumpul 390.40 dan 373.65 mata.

Dalam pada itu, penerjun lelaki negara, Enrique Harold, dijadualkan beraksi pada pusingan kelayakan 10m platform lelaki individu, esok.

Piala Dunia Terjun 2025 akan diteruskan di Windsor, Kanada pada 10 hingga 13 April, diikuti oleh Beijing, China pada 2 hingga 4 Mei.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button