BERITA SEMASASUKAN

Piala Asia ASTAF: Malaysia pertaruh skuad terkuat, ini senarai penuh pemain kebangsaan

KUALA LUMPUR – Malaysia mempertaruhkan barisan terkuat bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 yang dijadual berlangsung minggu depan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Seramai 15 pemain terbaik telah dipilih untuk menggalas cabaran negara dalam kejohanan berprestij itu yang bakal menyaksikan Malaysia beraksi di laman sendiri.

Majlis pelancaran jersi rasmi Pasukan Sepaktakraw Negars di WTC semalam.

Nama perejam muda, Khairul Aman Mohd Rosdi, mencuri tumpuan sebagai muka baharu dalam kem kebangsaan, sementara barisan berpengalaman seperti Azlan Alias, Syahir Rosdi, dan Zulkifli Razak atau lebih dikenali sebagai Sobey, akan menjadi tonggak utama skuad negara.

Malaysia selaku tuan rumah akan menyertai empat kategori utama iaitu regu, regu berpasukan, kuadran, dan double dengan misi untuk merangkul kejuaraan di hadapan penyokong tempatan – suasana yang dijangka meriah seperti sambutan Piala Dunia sebelum ini.

Berikut senarai penuh pemain skuad sepak takraw Malaysia mengikut kategori:

Regu:

• Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Tekong)

• Muhammad Haziq Khairul Nizam (Tekong)

• Mohamad Azlan Alias (Perejam)

• Khairul Aman Mohd Rosdi (Perejam)

• Farhan Adam (Pengumpan)

Double:

• Muhammad Noraizat Mohd Nordin (Perejam)

• Muhammad Redwan Hakim Muhammad (Perejam)

• Aidil Aiman Azwawi (Pengumpan)

Kuadran:

• Zarif Marican Ibrahim Marican (Tekong)

• Muhammad Shahalril Aiman Halim (Perejam)

• Muhammad Afifuddin Mohd Razali (Perejam)

• Muhammad Fetri Mohd Azwadi (Perejam)

• Amirul Zazwan Amir (Pengumpan)

• Norfaizzul Abd Razak (Pengumpan)

Regu Berpasukan:

Akan disertai oleh kesemua 15 pemain seperti yang disenaraikan di atas.

Kejohanan ini dijangka menyaksikan saingan sengit antara pasukan utama Asia, namun skuad negara dilihat berpotensi tinggi untuk melakar kejayaan, lebih-lebih lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button