Pesawat TUDM alami masalah ‘nose landing gear’, semua anak kapal selamat
KUCHING – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan berlakunya insiden melibatkan sebuah pesawat CN235-220M milik No 1 Skuadron, Pangkalan Udara Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi tadi.
Menurut TUDM, kejadian berlaku pada jam 11.15 pagi ketika pesawat berkenaan sedang melakukan pendaratan setelah selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu.
“Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching tesebut telah mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik daripada Labuan dan Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca juga : Pesawat Hawk Tergelincir: TUDM jalankan siasatan menyeluruh
Sementara itu, TUDM mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan anak kapal mahupun penumpang.
Menurut kenyataan itu lagi, sebuah lembaga siasatan akan ditubuhkan oleh TUDM bagi mengenal pasti punca kejadian.
Terdahulu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), selaku pengendali lapangan terbang turut mengesahkan kejadian terbabit.
MAHB memaklumkan sepanjang tempoh penutupan landasan, semua operasi penerbangan di lapangan terbang itu akan terjejas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








