
Pesawat MH720 mendarat cemas di KLIA
KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines dari Jakarta ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Datuk Norazman Mahmud berkata, panggilan kecemasan daripada pesawat Boeing 737-800 itu diterima pada pukul 6.02 petang.

“Kami segera memberikan keutamaan kepada pesawat itu bagi memastikan ia dapat mendarat dengan selamat secepat mungkin.
“MH720 berjaya mendarat dengan selamat di landasan 32R KLIA pada pukul 6.17 petang,” memetik laporan NST Online
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan punca yang menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas.
Sementara itu, semakan di laman penjejakan penerbangan FlightRadar24 mendapati pesawat berkenaan disambut sekurang-kurangnya tiga kenderaan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sebaik sahaja ia keluar dari landasan.
“Kenderaan kecemasan tersebut kemudiannya mengiringi pesawat berkenaan ke kawasan parkir lapangan terbang,” katanya.
Malaysia Airlines setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |