BERITA SEMASALUAR NEGARA

Pesawat Boeing 747 UPS terbabas ketika mendarat dalam taufan Podul

TAOYUAN – Sebuah pesawat kargo Boeing 747 milik United Parcel Service (UPS) nyaris terbabit dalam kemalangan selepas bahagian sayapnya bergesel dengan landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (TPE) dalam keadaan cuaca buruk akibat Taufan Podul, semalam.

Pesawat dengan nombor penerbangan UPS 5X61 itu dilaporkan gagal dalam dua cubaan pendaratan terdahulu sebelum terlibat dalam insiden yang berjaya dirakam kamera litar di lapangan terbang itu.

Rakaman video menunjukkan pesawat berkenaan cuba mendarat dalam keadaan terhuyung-hayang akibat tiupan angin sebelum ditolak angin kuat yang menyebabkan ia terbabas.

Bahagian enjin pesawat UPS yang rosak akibat insiden itu.

Kejadian menyebabkan enjin kanan pesawat bergesel di landasan sehingga mengeluarkan percikan api dan merosakkan sebahagian daripada bahagian luarnya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pesawat berjaya mendarat dengan selamat selepas kejadian.

Susulan itu, pihak berkuasa penerbangan Taiwan telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.

Taufan Podul yang melanda Taiwan membawa angin sehingga 190 kilometer sejam di bahagian selatan pulau itu dan telah mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan, lebih 8,000 penduduk dipindahkan, 112 orang cedera, manakala seorang dilaporkan hilang dan disyaki maut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button