BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Persidangan AI Grand Prix 2025 bincang peranan AI bentuk landskap komunikasi, kepimpinan digital negara

KUALA LUMPUR – Persidangan AI Grand Prix 2025 yang berlangsung di Dewan Cendekiawan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), hari ini menghimpunkan tokoh akademik, pakar industri, penggiat kreatif dan penggubal dasar bagi membincangkan peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam membentuk landskap komunikasi, media serta kepimpinan digital negara.

Persidangan bertemakan ‘Memacu Kecerdasan, Kepimpinan Masa Depan’ itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“Penganjuran persidangan ini sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh pembangunan modal insan, menyokong industri kreatif dan penyiaran serta mempercepat transformasi digital negara,” kata IPPTAR dalam kenyataan, hari ini.

Fahmi turut menyertai sesi Let’s Talk bersama Tony dan dihoskan oleh Hafidah.

Pada majlis berkenaan, Fahmi turut menyertai sesi khas ‘Let’s Talk’ bersama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

Melalui sesi itu, ia membincangkan bagaimana teknologi dan kepimpinan digital mampu mengubah ekosistem perniagaan serta memberi inspirasi kepada generasi muda.

Sesi tersebut dikendalikan oleh Hafidah Samat dari Astro AWANI.

Sepanjang dua hari penganjuran, seramai 14 penceramah berprofil tinggi dijadualkan berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Antara yang terlibat ialah Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman; Pengarah Urusan NETSEC, Datuk Shafik Rizaal Saaban; pengarah filem terkenal, Datuk Zulkifli M. Osman; pengasas Aikon Lab, Amrulqays Maarof serta wakil Google Singapura, Adeel Farhan.

Persidangan itu turut menampilkan segmen AiFluencer secara dalam talian, yang memberi peluang kepada tokoh muda seperti Muhammad Haniff Musa (Vokab AI) dan Amrulqays Maarof (Aikon Lab) untuk berkongsi pengalaman membangunkan teknologi AI tempatan.

Selain itu, pameran teknologi kreatif juga diadakan dengan penyertaan lebih 10 organisasi termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Lekir Tech, Aikon Lab, Vokab AI, Warong AI, Red Circle Studio, Sahabat Edubot serta Persatuan Kreatif AI Malaysia (PEKA).

Turut hadir, Pengarah IPPTAR, Roslan Ariffin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button