BERITA SEMASA

Persetujuan Hamas bukti kesediaan ke arah perdamaian sebenar – Ahmad Zahid

SHAH ALAM – Malaysia menyambut baik kesediaan Hamas yang bersetuju menerima 20 perkara penting dalam cadangan rundingan damai terbaharu di Gaza.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengeaskan, Israel mesti dengan segera menghentikan serangan dan penindasan terhadap rakyat Palestin kerana ia membuka ruang ke arah penyelesaian menyeluruh terhadap krisis kemanusiaan itu yang sudah berlarutan selama hampir dua tahun.

“Kami yakin pihak Hamas melakukan penelitian terhadap beberapa isu yang harus diperincikan bagi memuktamadkan gencatan senjata berkenaan, namun yang paling penting ialah perang, penindasan, kebuluran dan kematian disebabkan oleh pelbagai penyakit yang timbul daripada peperangan itu mesti dihentikan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen 152 peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Tumpuan utama ketika ini adalah untuk menamatkan penderitaan rakyat Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Related Articles

Ahmad Zahid turut menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan Israel yang terus melakukan pengeboman walaupun rundingan damai sedang berlangsung.

Tegas beliau, Malaysia menuntut Israel menghentikan semua serangan dan sekatan terhadap penghantaran bantuan makanan serta melepaskan delegasi flotila yang kini ditahan di penjara Israel.

“Kita menuntut Israel untuk terus menghentikan barang serangan, barang sekatan untuk penghantaran makanan termasuk melepaskan tahanan-tahanan flotila yang sedang berada di penjara atau pusat tahanan di Israel,” katanya.

Justeru, Malaysia turut menuntut rejim zionis menghormati tekanan masyarakat antarabangsa yang semakin lantang mengecam kekejaman mereka.

“Israel mesti belajar untuk menghormati suara dunia. Masyarakat dunia rata-rata mengutuk sikap Israel yang biadab ini dan mereka mesti menjadi komponen kepada masyarakat antarabangsa dan ini harus diakui serta dipatuhi oleh mereka,” tegas beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button