Persediaan musim haji 2024 berjalan seperti biasa
KUALA LUMPUR – Persiapan ibadah haji bagi rakyat negara ini untuk tahun ini diteruskan seperti dirancang susulan konflik yang meruncing di Asia Barat ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Na’im Mokhtar berkata, perkembangan terkini yang tercetus susulan serangan balas Iran terhadap Israel itu dipantau dari semasa ke semasa oleh Tabung Haji (TH).
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, serangan balas yang dilancarkan Iran itu akan meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.
Beliau meminta semua pihak untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






