BERITA SEMASAPMX

Perpaduan tunjang kekuatan negara, isu sensitif perlu ditangani segera – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keharmonian dan perpaduan dalam negara majmuk tidak boleh dipandang remeh dan sebarang isu sensitif perlu ditangani segera.

“Negara ini berdiri kukuh atas semangat setia kawan dan persahabatan yang disemai dalam kalangan seluruh rakyat merentasi kepelbagaian kaum, agama, budaya serta adat istiadat setiap negeri.

“Sebarang isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat wajib ditangani dengan segera dan tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) 2026 di Petaling Jaya, malam tadi.

BACA JUGA:
[VIDEO] Malaysia mesti kekal ditadbir kedaulatan undang-undang, bukan emosi – PM

Menurutnya, perbezaan pandangan dalam sebuah negara majmuk adalah sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan.

“Namun, ia tidak boleh menjadi alasan untuk mana-mana pihak bertindak di luar batas undang-undang.

“Tindakan yang mengganggu-gugat kestabilan negara tidak akan sama sekali ditoleransi,” tegasnya.

Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa kestabilan, keamanan dan perpaduan merupakan tunjang utama kekuatan Malaysia dan perlu dipertahankan bersama oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button