BERITA SEMASA

Permohonan pembiayaan MARA untuk program perubatan, pergigian Universiti Al-Azhar kini dibuka

KUALA LUMPUR – Permohonan bagi pembiayaan MARA untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir kini dibuka.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, para pelajar yang berminat untuk memohon diminta berbuat demikian secepat mungkin bagi memastikan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara dapat direalisasikan.

“Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah (Mesir), pemohon perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menerusi sistem e-Timur Tengah selewatnya-lewatnya pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang,” katanya.

Dr. Asyraf berkata, pemohon dikehendaki mendaftar melalui portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah khususnya Mesir, pemohon perlu membuat permohonan atas talian melalui sistem e-Timur Tengah yang disediakan oleh KPT.

Maklumat lanjut mengenai permohonan ini boleh didapati melalui pautan berikut: https://online.anyflip.com/shdgj/kwse/mobile/index.html.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button