Permohonan matrikulasi KPM dibuka mulai 1 Disember
PUTRAJAYA – Permohonan bagi mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember ini hingga 28 Feb 2025.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my
“Untuk makluman, proses permohonan fasa satu akan dibuka mulai 1 Disember ini.
“Bagi permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar, ia akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan,” kata kenyataan itu, hari ini.
Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






