
Perkukuh tadbir urus Islam: JAKIM terima kunjungan hormat EXCO Agama Johor
PUTRAJAYA – Usaha memperkukuh sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal Islam terus diperkasa menerusi kunjungan hormat oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini hari ini.
Beliau hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta pegawai-pegawai kanan JAINJ.
Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dr. Mohamad Kori Jusoh yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM.
“Sesi perbincangan melibatkan pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Bahagian Pengurusan Halal, Bahagian Pendidikan, Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan Unit Komunikasi Korporat JAKIM.
“Antara fokus utama perbincangan ialah pengurusan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), sistem pengurusan halal, pentadbiran masjid serta inisiatif pengukuhan kerjasama strategik dalam memperkasakan tadbir urus Islam di negara ini,” menurut kenyataan JAKIM.
Sementara itu, JAKIM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat tersebut.
Agensi itu juga berharap ia akan menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat dalam agenda pembangunan Islam secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |