BERITA SEMASA

Perkukuh sistem pertahanan dengan teknologi maklumat moden hadapi ancaman siber, berita palsu – Khaled

KUALA LUMPUR – Sistem keselamatan dan pertahanan negara perlu diperkukuh dengan sistem teknologi maklumat yang moden bagi mempertingkatkan keupayaan negara dalam menghadapi pelbagai ancaman dengan lebih pantas dan berkesan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia kerana serangan siber dan penyebaran berita tidak benar serta maklumat palsu adalah antara cabaran terbesar dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

Jelas Mohamed Khaled, penyebaran maklumat palsu yang dilakukan untuk mencetuskan perpecahan antara bangsa dan agama boleh menjejaskan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai institusi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suasana ini juga akan menghalang pasukan keselamatan kita melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa, Menteri Pertahanan bersama pengamal media di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Menuurut Mohamed Khaled, kerjasama menyeluruh dari semua pihak khususnya media amat diperlukan sebagai medium sumber maklumat yang sahih kepada orang ramai.

“Media bukan sahaja bertanggungjawab menyebarkan maklumat tetapi juga perlu memastikan berita dilaporkan secara benar dan tepat,” katanya.

Mengulas mengenai peranan media, Mohamed berkata, pengamal media perlu memainkan peranan dalam mendidik orang ramai mengenai tanggungjawab pasukan keselamatan serta cabaran yang dihadapi mereka dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

“Usaha ini penting dalam memastikan ekosistem negara kekal terkawal dan dilindung sekaligus faktor utama mewujudkan negara yang selamat dan stabil,” katanya.

“Jika orang ramai secara berterusan terdedah kepada serangan maklumat tidak benar dan mengelirukan maka ia akan menyukarkan usaha negara untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button