BERITA SEMASA

Perkhidmatan LRT tergendala susulan insiden penumpang jatuh di landasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Laluan Ampang/Sri Petaling melibatkan empat stesen tergendala petang semalam selepas berlaku insiden melibatkan seorang penumpang yang terjatuh ke landasan di Stesen Pusat Bandar Puchong.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tren dari arah Putra Heights hanya beroperasi sehingga Stesen Puchong Perdana manakala tren dari arah Sentul Timur berpatah balik di Stesen Kinrara BK5.

“Perkhidmatan tren dihentikan sementara di empat stesen iaitu Bandar Puteri, Taman Perindustrian Puchong, Pusat Bandar Puchong dan IOI Puchong Jaya,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah alternatif, perkhidmatan bas perantara percuma telah diaktifkan bagi menghubungkan Stesen Puchong Perdana dan Stesen Kinrara BK5.

Rapid Rail turut memaklumkan bahawa pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi serta pengumuman di stesen,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam masa sama, pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan petugas bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh gangguan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button