
“Periuk Untuk Jiran” pecahkan stereotaip iklan Tahun Baharu Cina
KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Pejabat Menteri Perpaduan telah memecahkan stereotaip kelaziman iklan pesanan khidmat masyarakat (PKM) sambutan perayaan tersebut.
Iklan yang berpaksikan Faham, Hormat dan Terima yang mana dalam kehidupan masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia, kita saling faham memahami kepelbagaian agama di negara ini, kita hormat menghormati kepelbagaian bangsa serta kita terima amalan setiap masyarakat di negara sebagai salah satu resepi kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian di negara ini.
Selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Madani yang diilham oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menitik beratkan keharmonian dalam hidup silang budaya dan agama di Malaysia, “Periuk Untuk Jiran” yang digarab melalui resepi Faham, Hormat dan Terima turut menyampaikan mesej seni halus yang memberi penerangan mengenai halal dan haram.
Dilakonkan oleh Chew Kin Wah yang merupakan pelakon berpengalaman besar yang kini sedang popular di Indonesia turut memberikan impak yang besar terhadap iklan PKM yang dibawakan oleh KPN ini.
Selain itu, pelakon Rosnah Johari juga berjaya membawa watak sebagai Puan Farida yang merupakan ibu kepada Izzul Faiq yang memegang watak Ismail juga terus memberi kesan yang diluar kebiasaan.
Lebih menarik, PKM ini juga turut dilakonkan oleh pelakon yang mewakili masyarakat kaum India, Sarawak dan Sabah selain Melayu dan Cina yang menterjemahkan betapa harmoninya kehidupan bermasyarakat di Malaysia ini sepertimana yang sering di ungkapkan dalam ucapan Perdana Menteri.
PKM ini akan mula disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 24 Januari sehingga 4 Februari 2025.
Selain itu ia juga boleh ditonton secara dalam talian di Facebook, Instagram dan Youtube Datuk Aaron Ago Dagang serta Kementerian Perpaduan Negara mulai 24 Januari 2025.
Rujukan pautan PKM : https://www.instagram.com/reel/DFNOuB4obuK/?igsh=ejkwN2lrYTJ2YWo0
https://www.facebook.com/share/v/15iJogGzxg/?mibextid=wwXIfr
https://x.com/aaronagodagang/status/1882757841070481899?s=46&t=qJh8Fe1nVkOH5IPPvluVSg
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |