Perhilitan Perak pindah 14 ekor gajah ancam penduduk
GERIK – Sebanyak 14 ekor gajah yang mengganggu penduduk di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang di sini sejak minggu lalu telah ditangkap oleh Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff dalam kenyataan berkata, operasi menangkap kawanan gajah itu telah dilakukan pada Rabu lalu dengan melibatkan 10 ekor gajah dan disusuli penangkapan empat lagi, kelmarin.
Katanya, pada Jun lalu, pihaknya telah menangkap enam ekor gajah di kampung yang sama selepas menerima aduan mengenai ancaman oleh mamalia itu.
“Kesemua gajah yang ditangkap itu akan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai,” katanya.
Yusoff berkata, operasi pemindahan atau translokasi 14 gajah berkenaan dijangka mengambil masa selama enam hari sejak hari pertama pada Khamis lalu.
Katanya, operasi akan melibatkan 27 anggota dari Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.
“Bagi melancarkan operasi ini dua ekor gajak denak iaitu Abot dan Rambai digunakan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








