Berita SemasaPM X

Percepatkan aplikasi AI dengan pendekatan rentas kementerian, agensi – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mempercepatkan ekplorasi serta aplikasi teknologi berteraskan kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masih terdapat beberapa bidang di negara ini berpotensi menjadi peneraju terutama dalam aset digital Islam dan industri halal, namun keputusan berkenaan perlu segera dibuat dan dilaksanakan.

Tegas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penekanan itu perlu dibuat khususnya berkaitan ancaman siber dan juga membina keyakinan dalam kalangan industri dan institusi.

“Justeru, penglibatan kolaboratif secara aktif diantara Kementerian Digital, MITI, Kementerian Kewangan, MOSTI serta Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti melalui sebuah platform khas dapat menyelaras dengan lebih sistematik dan menyeluruh kemudiaannya memacu ekonomi supaya negara kekal kompetitif dan efektif,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat membincangkan Strategi Teknologi Kecerdasan Buatan dan aset digital yang berpotensi untuk memupuk pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.

Hadir sama dalam mesyuarat itu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Anwar berkata, turut diadakan dalam mesyuarat tersebut adalah perbincangan berkaitan dasar perdagangan Amerika Syarikat.

“Ini penting bagi memastikan kerajaan memahami senario semasa serta menilai implikasi-implikasi yang timbul terutamanya kepada industri dan pengeksport tempatan,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button