
Perahu karam: Mayat mangsa kedua ditemukan
KUCHING – Mayat mangsa kedua tragedi perahu penambang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu, ditemukan lemas petang tadi.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat Helena Fasha Petrus, 16, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5.30 petang tadi, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan terapung dalam jarak kira-kira satu kilometer di hilir sungai dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pagi tadi, mayat mangsa pertama iaitu pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15, ditemukan oleh SAR pada 11.58 pagi.
Menurutnya, pencarian kini diteruskan untuk mengesan seorang lagi mangsa iaitu pelajar perempuan Alsma Jithil, 14.
Dalam kejadian pada 6.10 pagi semalam, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






