Berita Semasa

Peperiksaan sekolah agama negeri ditangguhkan bagi sekolah terlibat banjir, jadi PPS

JOHOR BAHRU – Peperiksaan bagi penggal kedua Tahap 1 dan 2 sekolah agama kerajaan negeri ditangguhkan bagi sekolah terjejas banjir atau yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, peperiksaan itu yang bermula 3 Jan lalu dijadualkan berlangsung hingga 18 Jan depan.

“Bagaimanapun berikutan bencana banjir, sekolah yang terlibat, sama ada mengalami banjir atau dibuka sebagai PPS, peperiksaan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor,” katanya, malam tadi.

Setakat pukul 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,744 orang berbanding 3,322 orang pada pukul 9 malam.

Sebanyak 45 PPS dibuka di enam daerah terjejas, dengan Kota Tinggi mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 1,871 orang daripada 492 keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button