
Penyelam TLDM meninggal dunia semasa operasi salvaj KD Pendekar
KUALA LUMPUR – Seorang penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia ketika membuat selaman dalam operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Tanjung Pengelih, Johor hari ini.
“TLDM mengesahkan bahawa seorang Penyelam Ranjau TLDM dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA), Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San bin Hermansa, telah meninggal dunia ketika membuat selaman dalam operasi salvaj KD PENDEKAR di perairan Tanjung Pengelih, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian.
“Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk bedah siasat
dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.
“TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.
“TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan golongan yang beriman,” katanya.
Ahad lalu, TLDM mengesahkan kapal miliknya itu tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang.
TLDM memaklumkan kapalnya mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika kapal berkenaan melaksanakan penugasan operasi.
Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |