Berita SemasaPM X

Penyasaran subsidi RON95 tidak beri kesan kepada 90 peratus rakyat – PM Anwar

SHAH ALAM – Rakyat tidak perlu runsing dengan keputusan kerajaan mahu melaksanakan penyasaran subsidi RON95 kerana 90 peratus pengguna tidak akan terkesan dengan keputusan itu.

Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, unjuran itu meningkat daripada 85 peratus sebelum ini.

“Mekanisme secara terperinci kita buat. Tapi saya tak terfikir rakyat biasa (perlu) runsing sebab 85 peratus, 90 peratus tak terkesan apa pun kaedah yang akan diperkenalkan dalam isu rasionalisasi (subsidi) minyak RON95.

“Malah kita kaji bukan 85 peratus, tapi 90 peratus tak dikenakan kepada rakyat. Yang dikenakan (kepada) siapa? orang asing dan yang maha kaya.

“Kalau gaji dan pendapatan dia RM50,000 sebulan, bayarlah sikit,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, di sini hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, kerajaan sudah mengenalpasti golongan yang tidak akan menikmati penyasaran subsidi RON95, sama seperti yang dilaksana ke atas penyasaran elektrik sebelum ini.

“Umpamanya kita naikkan letrik, itu untuk golongan kaya saja, begitu juga RON95. Saya ingat yang (berdiri) depan (saya) ini, wartawan semua ini tidak terkesan. Melainkan ada wang gelap masuk, itu saya tak tahu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button