BERITA SEMASA

Penunggang motosikal maut terperosok ke bawah lori

KUALA LANGAT – Seorang pekerja perkhidmatan mel udara maut setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Labuhan, di sini hari ini.

Akibat kejadian, mangsa yang menaiki motosikal terperosok ke bawah jentera berat itu dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.34 tengah hari tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kemalangan melibatkan sebuah lori dan penunggang motosikal Yamaha LC di laluan tersebut dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Banting.

“Kemalangan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal berada dibawah lori. Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2 petang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, hari ini.

Jelasnya, jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button