BERITA SEMASALUAR NEGARA

Penumpang berdepan detik cemas pesawat Air Busan terbakar di lapangan terbang Korea Selatan

SEOUL – Seramai 169 penumpang dan tujuh anak kapal Air Busan berdepan detik cemas selepas pesawat berkenaan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, Korea Selatan semalam.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang dan anak kapal dipindahkan tanpa korban jiwa.

Menurut agensi berita Yonhap yang memetik pihak berkuasa, kebakaran bermula di ekor pesawat.

Syarikat penerbangan tambang jimat Air Busan adalah sebahagian daripada Asiana Airlines, yang pada bulan Disember telah diperoleh oleh Korean Air.

Bulan lalu, pesawat Jeju Air dari Bangkok terhempas di landasan Lapangan Terbang Muan ketika ia melakukan pendaratan kecemasan dan meragut 179 nyawa dan hanya dua individu yang terselamat.

Kemalangan itu menjadi bencana udara paling dahsyat berlaku dalam sejarah penerbangan di Korea Selatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button