
Pensyarah USIM meninggal dunia ketika sampaikan kuliah subuh
KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang rebah sebelum meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.
Difahamkan Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital.
Berita kematian Mohd Soberi itu dimaklumkan oleh menantunya, Mus’ab Umairi menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
“Hari ini ayah mertua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada penciptanya. Subuh kami di Kaherah dibasahi air mata rindu.
“Mendapat khabar berita Baba rebah semasa kuliah subuh di Surau Ittihadiah, Seksyen 9.
“Alhamdulillah atas nikmat bersama Baba walau cuma sekejap. Banyak Umai belajar daripada Baba. Moga Allah tempatkan Baba bersama para syuhada dan solehin,” katanya yang terpaksa menghadiri peperiksaan pagi ini sebelum boleh berangkat pulang.

Terdahulu tular video pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah subuh.
Allahyarham sebelum itu sempat memaklumkan kepada jemaah yang dirinya telah lima hari berhadapan masalah sakit dada sebelum rebah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








