
Penstrukturan Petronas, kerajaan akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat
KAJANG –Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung penstrukturan semula Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menyaksikan ramai kakitangan berstatus kontrak di syarikat itu bakal ditamatkan perkhidmatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh Kabinet dan penjelasan lanjut mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Ramai yang kontrak (ditamatkan perkhidmatan) dan kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya ringkas kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kira-kira 5,000 pekerja akan terlibat dalam penstrukturan itu bersamaan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan warga kerja syarikat berkenaan.
Menurut beliau, tindakan itu diambil susulan keadaan keseluruhan industri minyak dan gas yang tidak begitu memberangsangkan pada masa ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |