
Penjual belon ditahan secara kasar: Pemuda UMNO mahu tuntut keadilan
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mahu menuntut keadilan terhadap seorang penjual belon yang ditahan secara kasar oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Menurut Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh, tindakan ganas tersebut tidak sepatutnya dilakukan meskipun lelaki itu melakukan kesalahan dengan menjual tanpa permit.
“Besar sangat ke kesalahan abang jual belon ni? Sampai begitu sekali diperlakukannya.
“Mohon sesiapa mengenali abang belon ni, maklum pada saya supaya peguam Pemuda UMNO akan tuntut keadilan untuk abang belon ni.
“Kamu nak tunjuk kuasa kamu,nak tunjuk hebat pada peniaga kecil, tak apa kami akan bela hak mereka ini,” katanya dalam satu hantaran video dalam laman media sosialnya hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Zaliha Mustafa untuk memantau tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh DBKL terutamanya ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Terdahulu tular beberapa video apabila seorang peniaga belon ditahan secara ganas dipercayai oleh anggota DBKL yang berpakaian biasa sambil disaksikan oleh sekumpulan penguatkuasa DBKL.
Tindakan kasar tersebut mendapat tentangan orang ramai yang terkejut dengan kekasaran yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa dan meminta ia dihentikan segera.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |