Berita SemasaDalam NegeriPM X

Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

SEPANG – Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah yang akan dibayar bermula minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA di sini hari ini.

Menurutnya, pemberian bantuan kepada kira-kira 2 juta penjawat awam itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM900 juta.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta pesara dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat penuh dedikasi,” katanya.

Menteri Kewangan itu berkata, pesara kerajaan serta veteran dan veteran tidak berpencen juga akan menikmati BKK Aidilfitri pada kadar RM250.

“Saya putuskan insya-Allah dalam minggu depan kita akan salurkan kepada Gred 56 (Gred 15 ke bawah) sebanyak RM500 bagi setiap penjawat awam.

“Manakala, untuk pesara RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button