
Penjaga gol NSFC, Sikh Izhan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans
GEORGETOWN – Penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC) Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius akibat pertembungan dengan seorang pemain Penang FC dalam saingan Liga Super sebentar tadi.
Insiden itu berlaku ketika situasi satu lawan satu di antara Sikh Izhan dengan pemain sayap Penang FC, Rahmat Makasuf.
Rahmat yang meluru untuk mendapatkan bola gagal mengelak kakinya dari terkena dagu penjaga gol itu.
Insiden yang berlaku pada minit ke-36 perlawanan itu menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan selama 10 minit untuk memberikan rawatan kepada penjaga gol yang beraksi buat kali pertama dalam Liga Super itu.
Dalam pada itu, jurulatih NSFC ketika ditanya tentang keadaan Sikh Izhan berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada pasukan perubatan.
“Tak tahu lagi, tunggu laporan daripada doktor dan hospital,” katanya selepas tamat perlawanan.
Sementara itu perlawanan antara kedua-dua pasukan itu berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Selepas tamat dua perlawanan, kedua-dua pasukan mengumpil dua mata selepas seri dalam perlawanan pertama pada hujung minggu lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |